Pertukaran dan Pemulangan Wang

Atas sebab kebersihan, semua produk tidak boleh di kembalikan dan tidak boleh ditukar kecuali jika menepati garis panduan polisi pengembalian kami.

Pelanggan harus memaklumkan pihak ALAMI dalam tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan produk sekiranya produk yang diterima adalah SALAH ATAU MENGALAMI KEROSAKAN.

Semua pembelian yang ingin dikembalikan mesti menepati ciri-ciri di bawah:

  • Produk mesti sampai ke pihak ALAMI tidak lebih dari 14 hari selepas pelanggan menerima produk.
  • Produk mesti dalam keadaan baru dan dihantar balik dalam bungkusan asal berserta dengan aksesori (termasuk kad, kotak, dan juga free gift). Semua produk mestilah belum dipakai.
  • Produk masih baru dan belum dipakai.

Sekiranya menepati ciri-ciri yang dinyatakan di atas, pelanggan akan layak mendapat produk baru atau pulangan wang.

ARAHAN PENGEMBALIAN

Untuk proses pengembalian, sila emel pihak ALAMI di heyalami@gmail.com dengan nombor order dan nyatakan sebab anda.

Kami akan menyemak permohonan pada hari yang sama dan akan terima/tolak semua permohonan dalam masa 24 jam.

Sekiranya permohonan anda diterima, anda akan mendapat emel dengan arahan pemulangan.

Harap maklum bahawa semua bulu mata yang dikembalikan akan dibuang atas faktor kebersihan dan tidak akan digunakan untuk dijual semula.