Soalan-Soalan Lazim

Adakah produk ALAMI akan memberi alahan? 

Produk ALAMI tidak akan memberi alahan kecuali jika anda alah kepada bahan tertentu. Sekiranya anda bimbang akan kandungan produk, kami mengesyorkan agar anda lakukan patch test sekurangnya 24 jam sebelum menggunakan produk ALAMI. Reaksi alergi terhadap produk, walaupun jarang berlaku, boleh berlaku sekiranya anda mempunyai alahan yang tidak didiagnosis terhadap salah satu kandungan bahan dalam produk.

Adakah produk ALAMI cruelty-free?

Semua produk kami adalah cruelty-free dan tidak diuji di atas haiwan. Bulu mata kami dibuat dari synthetic silk.

Adakah bulu mata mengandungi bahagian/bi-produk haiwan?

Semua bulu mata kami dibuat dari premium synthetic silk. Tiada produk haiwan digunakan dalam pembuatan bulu mata kami.

Adakah bulu mata ALAMI kalis air?

Bulu mata ALAMI adalah kalis air. Namun kami tidak sarankan anda berenang atau mandi menggunakan eyeliner ALAMI.

Bolehkah saya menggunakan maskara dengan bulu mata ALAMI?

Kami tidak sarankan penggunaan maskara dengan bulu mata sekiranya anda mahukan bulu mata tampak lebih natural. Namun penggunaan maskara dapat membantu untuk menyatukan bulu mata palsu dengan bulu mata anda sendiri. Sila maklum penggunaan maskara akan memberi kesan kepada jangka hayat bulu mata magnetik. Sekiranya anda ingin menggunakan maskara dengan bulu mata, pastikan anda gunakan maskara yang tidak mengandungi minyak.

Bagaimana untuk menanggalkan eyeliner ALAMI?

Gunakan penanggal make up berasaskan minyak untuk menanggalkan eyeliner ALAMI. Jangan gunakan penanggal make up yang sama untuk bersihkan bulu mata.

Berapa panjang bulu mata ALAMI?

Panjang bulu mata kami adalah seperti berikut :

Yang Natural 6mm-10mm / 32mm lebar

Yang Klasik 7mm-11mm / 32mm lebar

Yang Terpilih 7mm-13mm, 8mm-11mm, 8mm-14mm / 32mm lebar

Berapa lama bulu mata dan eyeliner ALAMI boleh bertahan?

Bulu mata kami bertahan sehingga 30 kali penggunaan dan Liquid Magnetic Eyeliner boleh bertahan sehingga 50 penggunaan. *Tertakluk kepada cara dan kuantiti penggunaan

Berapa lama untuk eyeliner kering sebelum memakai bulu mata?

Sebaiknya biarkan 2-3 minit sehingga Liquid Magnetic Eyeliner kering sepenuhnya sebelum memasang bulu mata. Lukiskan eyeliner dua kali sekiranya ingin bulu mata lekat dengan lebih kuat.

Bolehkah saya guna bulu mata magnetic dengan gam bulu mata?

Tidak. Bulu mata magnetic mempunyai 5 magnet kecil di jalur dan Liquid Magnetic Eyeliner pula mengandungi partikel magnet yang membolehkan keduanya lekat sesama satu sendiri. Penggunaan gam bulu mata boleh merosakkan bulu mata magnetic.

Berapa banyak magnetic eyeliner patut saya guna?

Satu lapisan eyeliner sudah memadai untuk melekatkan bulu mata. Anda boleh tambah lapisan kedua sekiranya ingin bulu mata lekat lebih kuat. Pastikan eyeliner kering dahulu (2-3 minit) sebelum memasang bulu mata.

Bulu mata yang mana nampak paling semulajadi?

Yang Natural adalah bulu mata kami yang nampak paling semulajadi. Yang Natural akan menambah volume pada bulu mata asli anda.

Sekiranya kelopak mata anda jenis berminyak, ini tips untuk anda!

Untuk kelopak mata jenis berminyak, lap dan cuci bahagian kelopak mata dan pastikan kering sepenuhnya. Seterusnya letakkan non-oil based eye primer. Ini akan membantu bulu mata untuk lebih tahan pada eyeliner.